Sunday, 17 May 2015

Filled Under:

Pocong ‘bergolek’ di Lebuhraya Latar?

Pocong ‘bergolek’ di Lebuhraya Latar?| Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) gempar apabila ‘terserempak’ lembaga putih menyerupai pocong bergolek di tepi laluan susur keluar ke Ijok.
Lebih menyeramkan, lembaga putih yang terbaring statik di tepi jalan itu menimbulkan pelbagai reaksi negatif lebih-lebih lagi menjadi viral di laman sosial Facebook.

Namun ketakutan mereka mungkin sia-sia apabila lembaga putih itu sebenarnya batang pisang yang lengkap dengan kapur barus dan kelapa diikat dengan kain putih menyerupai pocong.
‘Pocong’ yang diletakkan di laluan susur keluar Ijok di KM2.5 itu dipercayai tindakan individu tidak bertanggungjawab yang cuba menakutkan pengguna jalan raya pada waktu malam.
Seorang pengguna, Abdul Basar Sulaiman, 38, yang turut mengetahui cerita hantu pocong batang pisang itu selepas tersebar dalam media sosial berpendapat, mungkin disebabkan laluan itu gelap menjadi kesempatan buat mereka untuk berbuat demikian.

Menurutnya, jalan di kawasan berhampiran Kampung Parit Mahang itu memang gelap, malah dulu lebih teruk apabila ada budak nakal membaling batu ke arah kenderaan yang lalu-lalang.
“Mungkin ini perbuatan remaja yang tak ada kerja, tapi bahaya juga sebab kalau kena dengan orang yang lemah semangat, bukankah mereka boleh terbabas dan mengakibatkan kemalangan?
“Nak pantau pun mereka buat kerja ini waktu malam, tak tahu apa motif mereka tapi janganlah buat lagi sebab boleh membahayakan orang lain,” katanya kepada Sinar Harian.




0 comments:

Post a Comment