#KOTA KINABALU - Penduduk Sabah pagi ini dikejutkan dengan gempa bumi dengan kekuatan 6.0 sekala richter yang berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau pada jam 7.15 pagi tadi.....
#Gempa bumi yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.....
#Akibat kejadian itu, beberapa premis perniagaan mengalami keretakan bangunan, cermin pecah dan barang-barang premis berterabur......
#Manakala di Kota Kinabalu pula, penduduk di bangunan apartmen, serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan bangunan serta merta.....
#Gegaran itu juga turut dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pendalaman Sabah selain turut dirasai di bahagian Sandakan......
#Berikut merupakan video yang sempat dirakam oleh kakitangan yang berada di Laban Rata menunjukkan keadaan panik semasa kejadian......:
0 comments:
Post a Comment