#Akaun Facebook salah seorang individu yang bogel di Gunung Kinabalu mula viral | Satu akaun facebook dipercayai milik salah seorang individu yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu, mulai menjadi viral sejak malam tadi. Apa yang membuatkan ramai rakyat meluahkan rasa marah dan kesal menerusi komen-komen dalam akaun facebook itu ialah, individu yang bernama Emil Keminski itu nampaknya tanpa segan silu menggambarkan perbuatan mereka itu sebagai sesuatu pencapaian yang membanggakan.....
#Melihat diantara status-status yang dimuat turun sebelum ini, nampaknya mereka telah melakukan perkara yang sama ditempat-tempat termuka diseluruh dunia dan tiada langsung rasa menyesal. Rata-rata rakyat Malaysia mengutuk perbuatan mereka, yang dianggap tidak menghormati adat dan sensitiviti masyarakat Malaysia. Sebelum ini, tindakan sekumpulan pelancong asing yang memuat naik foto memaparkan lima individu sedang berbogel di puncak Gunung Kinabalu sebelum menjadi viral di laman sosial, mencetuskan perasaan marah dalam kalangan penduduk tempatan. Rakaman yang dimuat naik pada 30 Mei lalu menunjukkan lima lelaki berbaris dan bertelanjang bulat di puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan alasan ‘membuang air kecil’.....
#“Pihak berkuasa mula mengadakan pemantauan di semua pintu keluar di negeri ini bagi mengesan kumpulan pelancong terbabit,”. Kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti lucah yang membawa hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya. -Lulu Caldina.......
Akaun Facebook salah seorang individu yang bogel di Gunung Kinabalu mula viral....
Posted by Kaki Share 2 on Tuesday, June 9, 2015
0 comments:
Post a Comment