#Tahniah kepada Nik Michael Imran yang mula mendapat perhatian ketika rancangan MasterChef Malaysia musim pertama sekitar tahun 2011 kerana telah selamat bergelar suami kepada Siti Nadiah Shahril....
#Pasangan suami isteri sebaya berusia 26 tahun ini bernikah di kediaman keluarga Nadiah di Mines, Sri Kembangan sekitar pukul 9 malam semalam. Antara rakan selebriti yang turut hadir ketika majlis tersebut ialah Sazzy Falak dan juga Yasmin Hani....
#Nik mula mengenali isterinya sejak tahun 2005 dan merupakan cinta pertamanya di sekolah menengah dulu. Ya Tuhan, manis sungguh kisah cinta kamu berdua, bercinta dari sekolah, diakhiri dengan perkahwinan.....
> “Dia sebenarnya cinta pertama saya di sekolah menengah dulu. Biasalah adat bercinta, ada pasang surutnya. Tak sangka cinta kami bertaut kembali selepas sekian lama. Hakikatnya dia wanita yang sangat memahami diri saya,” jelasnya kepada BH Online.....
#Nik yang juga merupakan chef,adalah pemilik restoran Picknik yang beroperasi di Publika, Solaris Dutamas. Ketika dihubungi oleh portal berita tersebut, dia dan isterinya dalam perjalanan ke Langkawi, Kedah untuk berbulan madu. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya pasangan ini.... Lihat 7 Foto Menarik Di Sini
0 comments:
Post a Comment